Sunday, March 27, 2011

Exam week

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
minggu ni agak sibuk untuk update blog..
kalau sempat pun mesti tak sempat nak blogwalking
sempat untuk balas komen je kot..kalau tak sempat
nanti ezay balas balik ye..

minggu ni dah start study week(uia ada ke study week)
tapi dah start dari semalam lagi paper..
nasib baik jadual exam semester ni tak padat sangat

STUDY CIRCLE 2@USRAH   26/3 SATURDAY
WORKSHOP TECHNOLOGY  28/3 MONDAY
 TILAWAH AL-QURAN  29/3 TUESDAY
ISLAM, KNOWLEDGE & CIVILIZATION 2/4  SATURDAY
PROGRAMMING  4/4 MONDAY
CALCULUS 2  9/4  SATURDAY

Doakan ezay buat yang terbaik dan 
semoga menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat

Friday, March 25, 2011

Buffered Earning (BE) ke 5 dan 6 dari Nuffnang!!

 *Entri ini ditulis dan dikongsi untuk aku dan pembaca
supaya dapat bagi semangat sikit hendak berblogging..
korang kena bersabar sikit kalau nak dapat sesuatu

Alhamdulilah dan terima kasih lagi kepada Nuffnang
kerana setakat ni BE blog ni tak putus-putus lagi
walaupun dah banyak yang lain jadi Metered Earning (ME)
walaupun tak dapat masyuk macam blog lain
aku dah berpuas hati dan terima kasih kepada korang semua

BE ke 5 blog ini sudah dapat minggu lepas
First time dapat iklan berbayar ini kat LeaderBoard(LB)
(iaitu kalau korang perasan betul2 atas header domokun n)
selalunya dapat kat SkyScraper(SS) dan Large Rectangle(LR)
Iklan I MAS Travel iaitu contest untuk blogger2 join 
klik untuk join contest tu kat blog ezay yer =D

NEF The Eagle CPUV iklan BE ke 6
haaa hok ni aku tak paham..CPUV tu apa yer???? kongsi la..
iklan ni dapat baru 2 hari lepas..The Eagle ni movie baru kan

boleh tengok gambar ni kalau taktau nak beza ME, BE dan campaign
Klik untuk GAMBAR clear...earning semua dipadam oleh tuan blog

Selepas banyak iklan dah BE jadi ME
so aku terkejut tengok star2 nuffnang ni
ingat kan star2 tu takde pape makna
ko ni ezay memang ketinggalan jelah..
padahal memang takde pape kot
Yay!! dah tambah 1 bintang untuk Large Rec dan Skyscraper
macam dah kumpul bola DragonBall pulak..haha

Wednesday, March 23, 2011

Menang 4 tiket movie Hikayat Merong Mahawangsa


Orang lain semua dah tengok movie ni..
ko ezay baru dapat tiket kah?? Takpe asalkan free
Alhamdulilah...kali ni terima kasih kepada Tupai dan Xpax
kerana masing-masing bagi aku 2 keping tiket movie HMM 
Terima kasih Tupai kerana sekali lagi slogan aku menjadi pilihan
Terima kasih Xpax kerana memilih namaku pemenang lucky draw
2 bulan ni dah bulan aku tengok wayang plak..nasib baik tiket free =D
 tapi aku dah tengok movie ni dengan family aku minggu lepas
movie da beshhh la. lain dari lain movie melayu..credit to KRU
so perasaan untuk tengok kali kedua tu tak muncul disebabkan malas nak kuar

dari Tupai.com, 2 orang lagi geng comper aku..tahniah azwan dan bad
Terima kasih Xpax..

aku dah bagi 2 keping tiket movie ini dari Tupai kat kawan aku
lagi 2 tiket dari Xpax tak tau camne nak dapat..takde mesej
mungkin kurier kat umah kot sebab haritu join mintak alamat umah
kalau boleh yang 2 ni nak bagi kat korang....
mungkin aku wat lucky draw gak nanti
atau takut tak sempat, takut tiket lambat sampai umah terus dah tutup panggung
nanti aku bagitau balik k..kalau yang ni tak sempat ada lagi yang lain..
InsyaAllah yer kalau takde masalah lain

Tuesday, March 22, 2011

Semakan Keputusan SPM 2010 online 23 Mac 2011

Keputusan SPM 2010 bakal keluar pada tanggal 23 Mac 2011
mungkin aku antara orang yang terlambat dah tahu tarikh ini =D
sekarang calon2 SPM 2010 dapat semak keputusan SPM 2010 online
buat pertama kalinya mereka dah boleh semak online..tak macam dulu
jeles lah jugak tapi nanti kene ambik jugak slip keputusan tu 
mungkin kemudahan disediakan pada yang tak dapat datang
tapi lagi relevan kalau pergi sendiri ambik keputusan..baru cuak.

mesti cuak kan nak tau keputusan SPM ni
Laman web semakan keputusan SPM 2010 online tidak ketahui lagi
mungkin jugak laman web dari kerajaan yang sudah ada
bukan itu sahaja mereka juga boleh semak keputusan SPM 2010
dengan bantuan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)  
lagi senang pada sapa2 yang takde internet kat umah
semua di hujung jari dan tetikus anda..

Jadi 3 cara calon-calon SPM 2010 boleh semak keputusan SPM anda:
1) Dengan hadirkan diri ke sekolah/pusat untuk mengambil keputusan anda

2) Semakan Keputusan SPM 2010 online pada 23 Mac 2011
*laman web belum diketahui

3) Semakan Keputusan SPM 2010 melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
*cara menyemak keputusan spm melalui sms
SPM SEMAK <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888
 
Kita doakan semua yang terbaik untuk mereka ni..
termasuk adik gurl ezay..moga2 dapat keputusan cemerlang
bukan sahaja cemerlang di dunia tapi juga di akhirat..
InshaAllah

Cool je..anda mesti boleh..papoy cakap boleh
GOOD LUCK FOR YOU AND MY LIL SISTER
  pssss: suka tengok citer Despicable Me ni..hehe

Sunday, March 20, 2011

churp-churp vs heartbeat

Korang perasan tak blog aku ada tambah benda baru
haa iklan churp-churp dah letak,kat sidebar kanan atas shoutmix
tutorial mereka memang membantu..cuba la korang klik.
Shahrul Amri tu dari dulu suruh aku letak sebab dia nak klik
dah la baru je cashout pastu dapat masyuk plak!!hehe tahniah.
Muhamad Hafiizi pulak dah berganjak earning bila tempek di blog dia.

Kalau sapa tak register lagi Churp Churp boleh la register bawah ni
tekan je pic tu...rugi tau boleh buat duit free2

ads
KLIK GAMBAR BURUNG CHURP2 INI UNTUK REGISTER

Klik2 jugak jangan tak baca iklan churp-churp/nuffnang tu..
kadang2 iklan die aku sokmo baca sebab ada contest(1st time klik je kot bace)
macam ada post yang lepas aku join dan menang. KAT SINI
Iklan2 ni jangan korang klik sendiri sudah ye..bhahaha
Satu lagi jangan main klik2 sangat nanti kene warning nuffnang
silap hari bulan earning kene potong..ini serius tau!!

Heartbeat pulak baru lagi pada aku
nak join ke tanak..tengok post Mama Zharfan terkejut gak
aha sampai boleh earning negatif..boleh berhutang pulak
atau ada masalah HB tu..tapi baca komen mereka semua negatif

Jom tengok iklan churp-churp

ads

ads

ads

ads

Saturday, March 19, 2011

nice t shirts from Aforadio

Asyik masuk contest movie je..bosan jugak kan
nak masuk contest FB dah susah nak menang
sebab contest FB asyik guna most likes saja..
memang terlampau 'rajin' la aku nak mintak2 sorang vote
so masuk jelah contest movie senang sebab perlu buat slogan je
tapi nak reka slogan pun bukan senang sebab ramai lagi power2
slogan aku ni kira slogan sakai je..kadang2 kira nasib gak la

dah panjang betul intro nye..haha  sabar jelah sesiapa baca ni
 satu lagi hadiah paling lewat pernah dapat..lagi lewat dari octo CIMB
dah berapa kali komplen kat FB dan call lagi..bukan apa
kadang2 nak sure, takut hadiah ni hilang tengah2 nak hantar
ok kali ni Alhamduliah dapat tshirt lagi dan goodie bag
yang sedih nya kali ni dah tak dapat size besar =(
dapat size M je..memang tak muat la dengan ko ezay!!
aku bagi kat adik2 aku..walaupun dengan berat hati, haha
aku suka goodie bag dia..nice warna kuning..terima kasih Aforadio
lain kali jangan tipu yer cakap dah courier tapi tak lagi =D

suka t shirt warna hitam tu..
nak bawak pergi kelas la...

Thursday, March 17, 2011

Tutorial join contest nuffnang!!

meh2 baca entry ni ezay jawabkan ok
senang sahaja cuma kena rajin atau tak je

1st korang buka laman web nuffnang http://www.nuffnang.com.my/

2nd korang login la guna username dan password korang..TAK LOGIN pun takpe

pas buka laman web nuffnang..kuar macam ni


kalau tak kuar macam tu korang Tekan HOME kat atas belah kiri (1ST)
pastu kat bawah ada tulis Whats Happening @ Nuffnang (2ND)
kat sebelah kanan tu ada macam2 list (3RD)
yang itulah semua senarai contest, invitation nuffnang
kebanyakkan contest nuffnang adalah screening movie je kot..
tapi ada gak invitation konsert macam konsert aznil baru2 ni

nak join contest nuffnang senang je..ada 2 cara..ikut je syarat dia
1)buat entri tentang movie tu + slogan
OR
2)komen kat bawah contest tu je(slogan)..

aku ambik contoh contest lepas iaitu nuffnang premiere screening-Mars needs Moms
contest ni kene post slogan kat bahagian komen tu je
kalau korang nak join tu,tengok la details screening dia bila dan kat mane dulu
tengok syarat2 dia...kene post slogan kat mana..so kat komen je
dan paling penting 30 paling kreatif slogan je dipilih berdasarkan movie ni
korang jangan risau slogan boleh ditulis dalam BI atau BM

#Tips buat slogan: tak perlu guna perkataan payah (bombastic word)
cuma perlu cari kelainan sebab originality itu penting
jangan ikut sangat..aku pun baru jinak2 belajar buat slogan

dah cipta slogan tekan submit comment la...part email tu penting
jangan tinggal kosong nanti pemenang diumum melalui email
itu sahaja..semoga korang faham la..dan cuba k
selamat berjaya..sekarang ada contest baru
jom terjah!!!  Nuffnang Premiere Screening – HOP 

Wednesday, March 16, 2011

nuffnang cakap seat penuh

Assalamualaikum..ni haa nak cerita pasal movie semalam lah
semangat berkobar-kobar aku nak g tengok screening ni
kira 1st time nak tengok screening dari nuffnang la
 pas menang contest dari nuffnang ..tengok entri lepas kat SINI 
Pas maghrib terus bertolak ke GSC Tropicana(tak pernah datang)
sesat la jugak sampai kat seksyen 16 pastu bantuan GPS
dah sampai sana baru pukul 8.40pm..awal la jugak kan
sampai sahaja kat GSC cari terus meja nuffnang
terkejut tengok ramainya namelist winner nuffnang ni
tak pernah aku tengok namelist winner ramai camni
kalau Tupai paling banyak 30x2, Cinemaonline 30x2, Cariforum 30x2, timeoutKL 30x2, aforadio 30x2
dah banyak kali masuk contest movie ni sampai dah hafal..bhahaha
tapi namelist winner untuk nuffnang 90x2 orang..terkejut gak..maybe hall besar kot
hall khas tuk blogger sahaja kot..masalah seat plak tak cukup
seat hanya ada 144..tak cukup la sebab 180 orang ada semua
pelik gak semua blogger datang ni...ramai blogger cina la
so dah tak cukup seat, pihak nuffnang minta maaf
pihak nuffnang bagi 4 ticket voucher GSC tanda maaf
 kira beruntung jugak la sebab dapat ticket movie lain
ticket voucher tuh dapat tengok semua movie kat semua GSC
valid sampai 15 May 2011..sempat ke cerita Transformer keluar??
Alhamdulilah bersyukur gak sebab tak dapat tengok movie ni tapi dapat 4 ticket lain


Tuesday, March 15, 2011

2nd Invitation to Nuffnang Premiere Screening - World Invasion: Battle Los Angeles

Alhamdulilah dan terima kasih nuffnang kerana sekali lagi invite aku 
 untuk Nuffnang Premiere Screening-World Invasion: Battle L.A.
dah kali kedua aku join contest movie screening nuffnang ni
kali pertama dulu movie Beastly tapi tak dapat pergi sebab ada kelas.
Kali ini InshaAllah kalau takde pape aral melintang, dapat la pergi.screening kali ni....
 tengok trailer dia cam best...memang nak sangat tengok movie ni



Date: 15 March 2011 (Tuesday)
Time: 9.00pm
Venue: GSC Tropicana City Mall


nanti konfirm penuh 1 dewan dengan blogger2 otai dan comper contest
terasa diri ni kecik plak nanti walaupun badan dah besar..hehe
dapat gak berjumpa dan kenal2 nanti..sempat ke masa tu..bhaha

korang dapat tak? kalau dapat boleh la jumpa nanti di sana InshaAllah

Monday, March 14, 2011

cuti sekolah!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
budak sekolah cuti sekolah start minggu lepas..
aku pun sibuk nak cuti jugak..
mane tak nye, sama naek ngan adik2 aku
bercuti sakan tanpa menghiraukan blog aku
assignment aku...sebut pasal assignment ni
churp2 banyak sangat hantar assignment kat aku
assignment study pun aku tak buat apatah lagi assignment churp2 :D
serba serbi malas minggu ni..nak update blog pun malas

Terkejut dengar berita pasal Tsunami di Jepun
Gempa bumi berukuran 8.9 skala Ritcher
Ya Allah kuatnya sampai boleh buat ombak setinggi 12 meter
mengorbankan beribu-ribu orang ramainya
Ya Allah betapa Maha Berkuasa dan Maha Agung
semaju negara Jepun pun lumpuh dengan beberapa minit sahaja Tsunami
betapa Teknologi tidak boleh melawan kuasa Allah
Kita patut bersyukur sangat2 dengan nikmat keamanan, ketidakjadian bencana alam disini
dan janganlah kita berasa sangat selesa 
semoga kita selalu bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terkira

Wednesday, March 9, 2011

Mars Needs Moms movie review

Alhamdulilah baru sampai bilik setelah balik dari e@curve 
tengok movie Mars Needs Moms 3D dengan abang aku
dapat 2 tiket free dari Tupai,tengok post sebelum ni ok
datang sana pukul 8.40pm..tak sempat nak jumpa Lisa Surihani ^^
khabarnya datang untuk tayangan perdana Hikayat Merong Mahawangsa
waktu yang sama dengan movie ini...rugi rugi

Banyak nak cerita tentang movie ni..tapi overall bagus
boleh bagi 3.5/5 bintang..banyak moral dan sesuai untuk budak2
tak jugak untuk budak2 tapi untuk kita yang dah tua2 ni tapi still tak kenang jasa ibu
Tajuk Mars Needs Moms sendiri dah bagitau jalan cerita nya
jalan cerita yang smooth, senang faham dan ringan..sama je kan :P
Permulaan menarik, the Supervisor(villain) yang sekodeng bumi untuk mencari ibu untuk Mars
Mars(planet Marikh) perlu ibu untuk menetas anak2 marikh (Martians)
Supervisor memilih ibu kepada Milo untuk planet Marikh
pada masa yang sama Milo yang nakal telah melukakan hati ibunya
ibu Milo diculik dan dibawa ke Mars namun Milo sempat mengikut dalam spaceship
pengembaraan Milo cari ibunya sehingga berjumpa Gribber dan Ki
Mereka menolong Milo untuk menemukan ibunya,
akhirnya dapat bertemu dan happy ending =)

Part Best
  • Sarat dengan emosi ibu dan anak..kadang2 terkena batang hidup sendiri
  • Character pembantu yang hidup contoh Ki dan Gribber
  • Design2 yang cantik dan baru..
  • Pengajaran dan moral yang mendalam
Part tak Best
  • Kalau korang nak tengok, jangan tengok 3D, cukup hanya 2D..jimat duit..tak berbaloi tengok 3D
  • Milo ni nakal tapi baik pulak dengan ayahnya yang selalu takde rumah..pelik
  • Kadang2 annoying dengan perkataan yang disebut the Supervisor tuh..tak faham..
Tapi part yang tak best berjaya jugak diselamatkan 
sebab ada unsur2 pengajaran dan mesej begitu kuat
sayang ibu anda selalu..kalau taknak ibu anda ke Marikh..hehe


Tuesday, March 8, 2011

Anda telah memenangi 2 tiket ke tayangan filem Mars Needs Moms 3D

Alhamdulilah dan terima kasih kepada penganjur TUPAI
dan terima kasih kepada kak wan sebab bagitau ezay 
dan tahniah gak untuk akak sebab menang citer ni..
Ini dah second time kita menang tiket wayang bersama
first time menang bersama kat nuffnang citer Beastly


sumber miss google la..sape lagi ^^


Sangatlah teruja untuk tengok cerita animasi ini
sebab dapat tengok dalam 3D juga..nak beli tiket 3D mahal kan
lagi satu citer ni kuar panggung 10 Mac so dapat tengok awal 2 hari
Jadi kali ini nak ajak abang aku pulak kat e@curve
harap2 kali ni dapat pergi setelah tiket Beastly burn camtu je
sorry nuffnang sebab masalah kecemasan tak dapat pergi haritu

lagi sorang geng comper ezay..azwan azri..gratz

Monday, March 7, 2011

Double A double quality paper

Assalamualaikum dan salam sejahtera
minggu ni macam2 jadi kat UIA ni
masalah register subjek sem 3 2010/2011
masalah wireless tak boleh sampai harini
sabar jelah kawan2 UIA k..harap yuran je bayar mahal an
sampai nak update blog dan blogwalking pun susah.

 
Alhamdulilah dapat hadiah lagi, setelah lama tak masuk contest
sekarang tak banyak sangat join contest kat facebook dah
disebabkan terlalu banyak sangat contest most likes je =(
tapi haritu atas pujukan kawan comper di facebook
so aku joinlah contest kat facebook Double A Malaysia
tak susah pun nak join..edit gambar sikit tambah ikon Double A
15 orang terawal masuk dapat hadiah dari Double A
tapi tajuk entri ni tak boleh blahh bodek sangat kan


Hadiah kecik2 jer disebabkan contest ni tak susah sangat.tapi still bersyukur  

Friday, March 4, 2011

Ipad 2

Apple lancarkan Ipad 2 pada Mac 2011
berada di pasaran akhir bulan Mac kot
yay!! aku suka walaupun mimpi je nak dapat
godek2 laman web apple tadi..banyak features yang baru
dan even better dari Ipad lama...
memang la kan..kalau yang baru mesti better dari lama
cecite features die yang baru uhh 

Ipad 2 lebih nipis dari Iphone dan Ipad..sumber pic Google
-Menggunakan chip Dual-core 1GHz A5 processor, iaitu 2X pantas dari Ipad
can do twice the work at once
Paling beshh ialah Ipad 2 ada 2 kamera
ipad lama takde kamera so agak menarik la yang baru ni
1 kamera depan bukan untuk video kol 3G tapi untuk Facetime (VGA)
tapi Facetime untuk aplikasi barang Apple sahaja
Kamera depan pun untuk HDMI Video Mirroring,
memang sesuai untuk yang suka tengok cermin..
 1 kamera di belakang boleh rakam HD video (720p) 
still camera with 5x digital zoom


FACETIME app
  • tetap ada wifi/ wifi +3G
  • Built-in 25-watt-hour rechargeable lithium-polymer battery dan
  • performance battery up to 10 jam bila surfing, tonton video dan dengar lagu
  • Ipad 2 ada 2 pilihan warna putih dan hitam(bahasa mudah)
  • Ipad 2 termasuk new smart cover berfungsi untuk screen protection dan sebagai stand

nice2 la...so mesti korang nak tahu berapa harga ipad 2 ni
harga dia berpatutan, ikut pada model dan storage dia

Price Ipad 2/harga Ipad 2 Malaysia

iPad 2 with Wi-Fi
• 16GB (RM1499)
• 32GB (RM1799)
• 64GB (RM2099)
iPad 2 with Wi-Fi + 3G
• 16GB (RM1899) 
• 32GB (RM2199)
• 64GB (RM2499)

Apa pendapat korang tentang Ipad 2? harga Ipad 2?
harga lebih kurang Ipad lama kan..

Thursday, March 3, 2011

Buffered earning (BE) ke 4 dari nuffnang

Baik hati sungguh miss nuffnang kat blog aku ni
dapat BE ke 4..iklan Adizero Running & Football kat LR
actually dah lama dapat..duk terperak dalam draft lama ni
haa aku dapat masa selepas aku join contest nuffnang movie Beastly
petang tu join contest, buat entri dan esok nya terus dapat BE ini
adakah itu suratan atau kebetulan?? hahaha macam tajuk lagu
ko tak payah la nyanyi ezay..sore tak sedapp
mungkin itu satu cara korang nak dapat BE kot
bukan cara nyanyi tuh tapi cara masuk contest nuffnang =D
aku memandai je..tapi ada dengar dapat BE ni kadang2 ehsan dari nuffnang
so bagi sapa2 yang tak dapat lagi jangan bimbang
teruskan usaha anda..blog ni pun bukan update banyak entri
padahal blog ni average tak dapat lebih dari 100 traffik pun satu hari
kalau aku tak blogwalking mau nya tak sampai 50 orang datang
mungkin rezeki kot....Alhamdulilah

lagi satu sekarang dengar banyak komplain dari blogger lain
sebab nuffnang lambat sangat nak update earning..tapi kalau ngah ber'BE' je jalan
mungkin nuffnang ada masalah teknikal kot...



sekarang terkilan sebab 2 BE lama dah jadi Metered Earning (ME)
iklan Maxis CNY dan Hong Kong..dah sebulan joget2 kat blog ni
tapi dapat ciput je..hope iklan lain jangan merajuk awal k

*Ini post yang ke 50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...