Assalamualaikum
Alhamdulilah dah nak masuk bulan Ramadhan
Tetapi wajib diingat perkara ini:
من صَامَ اليومَ الَّذِي شُكَّ فِيهِ فقد عصَى أَبا القاسمِ
Berdasarkan hadis dari Ammar bin Yassir r.a menceritakan:
“Sesiapa berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya ia mengingkari Abal-Qasim (gelaran bagi Rasulullah s.a.w.)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Apa itu 'hari syak'?
Hari syak ialah hari ke 30 Sya'ban
Mengapa dipanggil 'hari syak'?
Timbul keraguan atau syak di kalangan masyarakat apakah masih bulan
Sya'ban atau telah masuk 1 Ramadhan
Mengapa timbul keraguan atau syak?
Kerana ada suara-suara mengatakan atau menghebohkan bahawa anak bulan telah kelihatan namun tiada saksi adil yang boleh diterima yang mendakwa melihat anak bulan itu(atau tiada rukyah)
Hukum berpuasa pada hari syak?
Hukum nya haram sama ada niat puasa Ramadhan (yakni berhati-hati) atau puasa sunat
Tetapi ada pengecualian..siapakah yang terlibat?
-Orang yang sambung puasa yang dilakukan sebelumnya
(sebelum 16 sya'ban)
-Orang yang puasa kebetulan dengan kebiasaannya
(contoh puasa isnin kamis)
puasa nya itu kebetulan melintasi hari-hari setelah nisfu sya'ban
-Orang yang puasa ada sebab seperti nazar, Qadha' atau Kaffarah
Boleh lihat disini lebih lanjut
Selamat bepuasa kepada semua umat Islam
dan khususnya kepada pembaca setia blog ini
dah ganti puasa semua dah *korang angguk je ye