Saturday, April 30, 2011

Undi ezay kat senarai peserta contest blog tercantik

CONTEST DAH TAMAT....TERIMA KASIH YANG MENGUNDI

Kawan-kawan ezay nak mintak tolong korang semua
jom undi blog ezay ni untuk contest blog tercantik anjuran woot2
walaupun aku tahu blog ni tak cantik tapi nak join jugak...bhahaha
ada 70 blog yang bertanding, ramai familiar..abis la blog ko ezay

1st
Korang mesti follow dulu blog iniwootwoot.com
kalau tak follow tak valid vote korang itu..

2nd
Korang klik entri ini
cari blog ezay nombor 58
58 http://ezayhadry.blogspot.com
TICK sebelah kiri nombor dan nama blog ezay
dan tekan butang VOTE kat bawah entri itu

Terima kasih banyak2 pada yang dah undi
pada yang tak undi lagi tu jom mengundi =D
jangan lupa bagitau juga dekat kawan2 lain suh vote..

psss: like juga entri ni dengan automatik korang dah bantu ezay promot ^^

CONTEST dah TAMAT..terima kasihs yang undi

Wednesday, April 27, 2011

Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi KPM

Pelajar lepasan SPM 2010 sudah boleh membuat semak
untuk mengetahui keputusan kemasukan matrikulasi bermula esok
sekarang dah macam-macam cara boleh menyemak
antaranya ke laman web KPM di www.mohe.gov.my
dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan no IC
sapa2 ada samsung galaxy tab boleh la taip sms camni ^^
Pelajar juga boleh menyemak menerusi khidmat SMS
dengan menaip MOE MAT<jarak>no ic dan hantar ke 15888
amboi sekarang SMS pun boleh ye..tapi ezay prefer yang free lagi =D
Tak cukup dengan itu, pelajar juga boleh menelefon
bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 pukul 8.30am-4.30pm.
Pendaftaran pelajar ke matrikulasi akan diadakan pada 23 Mei 
Bagi yang tak dapat, rayuan masih dibuka di laman web KPM
mulai esok sehingga 13 Mei.
Kalau telefon kat rumah kena potong, gune je public phoneini


Tiba-tiba teringat masa kat Matrikulasi Changlun
walaupun masuk hanya 1 sem (tak sempat nak exam)
sangat best stay di Changlun, tetiap malam tunggu iklan2 pelik di tv
bukan siaran sini tapi cenel Thailand..banyak cenel tau..bola pun free
malah siaran dia lebih jelas nak banding cenel Malaysia ni..malu2
nak outing jauh tau..Jitra 30 minit..Alor Star 1 jam naik bas
naik bas buruk HBR group..hehe kami ajuk Hydrogen Bromide(HBR)

Kalau ada adik2 yang dapat Matrikulasi Changlun pergi lah
sangat best sebab bangunan baru2 lagi, sejuk, kat sawah bendang
kolej kediaman dengan kelas lagilah dekat..

pssss=doakan adik ezay berjaya dapat tempat jugak
tapi harap2 lah dekat je, Matrikulasi Pahang je dekat
maklumlah adik perempuan, cepat2 lah pergi asyik duk mengadap KPop je

Yuran pengajian universiti naik!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
lama tak update blog ye..liat sikit bila duk umah ni
ummm ni nak habaq cite ni..pasal yuran pengajian la
Yuran pengajian bagi UIAM sudah naik tau!!! grrrrr
universiti/kolej korang bila lagi nak naik?? huhuhu
sudah menjadi satu bebanan kepada pelajar pasal isu ini
Geram lah sangat sebab yuran uia ni antara termahal di IPTA tau
kenaikan ini akan bermula pada semester 1 2011/2011(bulan 9 ni)
kenaikan sebanyak RM37.50 bagi setiap kuliyyah(fakulti)

Sebagai seorang mahasiswa mahukan penjelasan dari pihak uia
disebabkan kenaikan faktor perbelanjaan bas padahal
-bas tu bukan untuk semua (sesetengah kolej je dapat)
-lagipun kolej dengan kelas takde lah jauh sangat..jalan kaki je
-kalau ada program nak guna bas tetap pelajar kena bayar bas

nak tengok berapa yuran pelajar uia kena bayar..

pssss= mau fikir positif jugak, pasni boleh bas ambik ezay pergi kelas kan
kalau kenaikan ini bawa kepada perkara lebih baik semua orang suka

Sunday, April 24, 2011

Treasure Hunt edisi indoor

Assalamualaikum dan bersua kembali
mintak maaf pada semua kawan2 sebab ezay sangat busy
bukan busy exam la..exam dah habis dah..cuti pun busy ye
busy sebab ezay join satu contest treasure hunt kat portal Mynewshub.my


Korang boleh rujuk mechanism contest nya di sini news hunt fever  
Treasure hunt ni agak menarik sebab 3 klu diberi untuk cari 1 tajuk
tajuk artikel tersebut mestilah cari di portal mynewshub.my itu
Sehari kena jawab 3 soalan dan kumpul sampai seminggu
sebab itu busy sangat nak update blog dan tak datang blog korang
Treasure hunt dah masuk season yang ke-2..season ni lagi mencabar
Season 1 pun ezay join cuma takde rezeki untuk menang apa-apa
tahniah kepada abang Daniel edy kerana dapat Ipad2 pada season 1
takde rezeki lagi season 1 ezay join pulak season 2..
Hadiah utama kali ni voucher JUSCO RM1200..

Tadi pukul 12pm baru sahaja selesai season 2
soalan yang begitu mencabar kali ni sampai berdenyut2 kepala ni
doa-doakan agar ezay dapat menang sesuatu untuk season 2 ni
memang tak berharap sangat untuk menang sebab bagi ezay
masuk contest ni kadang2 untuk kepuasan dan melatih diri

Season 3 pun dah nak start jugak dalam minggu ni
Hadiah lagi menarik sebab dapat laptop apple
jadi ezay nak ajak korang semua masuklah join sekali
komen artikel dalam portal tu pun dapat hadiah voucher tau

psss: blog ezay dapat 2 lagi BE, pelik jugak buka web nuffnang tadi
ezay mane lah update tiap2 hari, trafik pun bawah 50 sehari
betul ke orang cakap nuffnang bagi BE ehsan untuk blogger baru??
Tapi tak kisah la dan terima kasih kepada nuffnang kerana pilih blog ezay

Sunday, April 17, 2011

Hadiah saguhati

Assalamualaikum.
Alhamdulilah semua hadiah dari Tupai sudah sampai
Terima kasih kepada kak Ruha (geng comper) mengepos barang2,
baru je hantar semalam tu keesokannya dah sampai, 
better pakai GDEX courier la ye kawan2 sebab memang cepat,
bukan macam yang tu, dijamin sampai esok awww..hihi

 Perasaan sangat teruja untuk buka bungkusan
haha padahal hadiah biase je kot..wakluuu
jom jom tengok hadiah tu....

2 keping tiket movie CUN..courtesy from Tayangan Unggul

Sucker Punch Merchandise, topi, poster, 2Xtiket, alas cawan, paper bag

RIO Merchandise, patung jewel, topi, set alat tulus,2Xtiket
Nak dijadikan cerita pada malam tu
kebetulan sepupu kecik ezay datang
si kakak tu, lupe yer, ce tengok POST NI
haa kebetulan dia datang patung jewel tu ezay kasi la kat dia
abis tu takkan ezay nak maen patung tu pulak..hihi
apa lagi snap pic la pulak dengan 'model' ni..
suka lah yer dapat Patung jewel dengan set alat tulis..comel kakak
psss: Tidak ada masalah kalau patung diletakkan dalam rumah,
dengan syarat patung tu korang kena selalu main,
macam yang ada teddy bear buat bantal peluk..  
Wallahualam..

Wednesday, April 13, 2011

Free Pretzel by Auntie Anne's Tomorrow

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
tadi duk sibuk2 cari contest dalam FB
terjumpa la promotion ni kat Auntie Anne's Malaysia FB 
sempena sambutan ulangtahun yang ke 15 tahun di Malaysia
Pretzel PERCUMA diberi esok 14 April 2011
hanya pada pukul 11.00AM-2.00PM
terhad untuk 2000 Pretzel sahaja
yang penting no string attached
maksudnya takde tali tersambung..haha gurau je
maksudnya tak payah beli apa2 untuk dapat free tu..

gambar diambil dari page FB Auntie Anne's Malaysia

Cawangan2 yang dipilih hanyalah untuk KL sahaja
melepas ezay..tulah balik kampung awal sangat...
Cawangan Berjaya Times Square
Cawangan Alamanda Putrajaya
Cawangan The Mall
Cawangan AEON Cheras Selatan

Esok beratur panjang2 pun korang berbaloi
sebab Pretzel dia memang best la..
boleh pilih sama ada nak Original atau Cinnamon Sugar

Pretzel Original

Pretzel Cinnamon Sugar
Rupa-rupanya kat Johor Bahru dah buat minggu lepas
pastu minggu depan kat Penang pulak
kalau nak tau dekat mana lokasi spesifik
dan follow di twitter mereka kat  SINI   


psss: Auntie Anne's tak mau send delivery kat ezay free ke?? hihi
maklumlah Ganu mane de..


Tuesday, April 12, 2011

Aktiviti sempena cuti semester

Assalamualaikum, baik tak semua?
ezay demam la..baru balik kampung sempena cuti semester ni
maklumlah semua paper boleh jawab dengan 'senang' nya..bhaha
Sampai rumah terus demam..jangan cakap university sick sudah
takde makne nak rindu2 UIA ni..mungkin rindu classmate Korea kot..opss

Agak-agak korang la apa nak dibuat kalau cuti semester ni ye
nak ajak kawan keluar? semua duk kat U lagi..UIA je cuti awal sangat
nak main futsal? main ngan family jelah..haha
nak blogwalking ngan update blog? takkan tu saje nak buat..
 
nak download movie? dah sedut2 banyak movie kat LAN bilik kawan aritu

 
Boring jugak duk rumah saje..
 
 
psss: nak tanya kalau earning Nuffnang dah boleh cashout 
korang rekemen supaya ezay terus cashout atau simpan dulu??
nak cashout tu agak2 tarikh bile sesuai??

Wednesday, April 6, 2011

Apa anda rasa kalau difitnah??

Assalamualaikum dan semoga sihat sokmo semua
sedang menunggu last paper final sabtu ni Calculus 2
tak sabar wey nak balik Ganu, nak makang nasi dagang
bhahaa kerepok lekor pun dah 2 bulan tak nampak batang hidung
takpe2 balik nanti kita baham semua..korang nak datang Ganu la

Tapi kali ni bukan nak citer pasal makanan kat sana
nak citer pasal sikap dan perangai orang kita ni
huhu janganlah ada sikap iri hati dan dengki sesama kita
tapi ini bukan kali pertama ezay dapat..
sejak menceburi bidang contest sejak tahun lepas
macam2 orang ezay jumpa dan kenal
Alhamdulilah dapat ramai kawan yang satu kepala
tiap2 chat kat FB cakap pasal contest apa latest dan masuk
tak ke korang pelik?? Bhahaha
Ada juga yang dengki dan suka tabur fitnah
Ezay dahlah sekarang kurang join contest
kalau masuk pun tiket wayang cam Tupai je
so join Tupai jelah mane tau sangkut tiket wayang
Alhamdulilah menang peraduan movie Sucker Punch dan Cun
tapi ada yang tak puas hati..macam biasa

1st time dapat no 3..Alhamdulilah
 haaa ni ade orang komen bawah senarai pemenang tu
klik dan tengok la apa Tanpa Nama komen...sabar jelah nasib baik ada yang support
Sampai macam tu sekali dituduh nye..
ummm kalau die tak mention nama ezay pun
nama kawan2 ezay ada dalam sana
so aku pun terasa tau..kroni terus dihentam nya
mana lah aku kenal pihak tu dan dah la jarang g sana

Tiba-tiba untuk list winner movie Cun pun dia muncul lagi
Kali ni memang ramai kawan2 comper ezay menang
baca komen dia lagi..kadang2 seronok gak layan dia ni

Kepada Tanpa Nama, nak buat slogan ingat senang ke
kadang2 1 slogan tu ambik masa dalam 1 hari tau..
takpe2 ezay tak marah sangat cuma next time usaha lagi k
cuba tengok slogan awak dan mintak pandagan orang lain
takut ada tak kena, mana tau InshaAllah rezeki awak akan datang
ezay pun awal2 dah 5 kali join tak dapat2 jugak..
semua start dari kosong tapi gigih berusaha kata kuncinya =D
lagipun ezay baru nak berjinak2 masuk contest slogan ni
dengan harapan nak latih diri agar lepas ni dapat menang hadiah best2

psss: kawan contest cina ezay takde pulak dengki dan tabur fitnah
kita melayu dan Islam lagi..ingatan untuk diri sendiri gak jangan suka tabur fitnah
biarlah jadi teladan untuk kita semua..

Sunday, April 3, 2011

keputusan anugerah bintang popular berita harian 2010

Assalamualaikum. jangan marah sebab sempat gak update
saje2 ni sebab stress study..malam ni memang tak tengok abpbh2010
padahal tak minat sangat pun, cuma saja nak post pasal ni..
grrr!!jangan marah lagi..hehe nak marah pasai pe??
ummm tapi kan bagus kalau tukar nama lain ke
kan bagus kalau semua artis tu tutup aurat kan
kan bagus kalau artis tu tak melalok2 sangat..
jaga adab dan jaga tatasusila dan pergaulan..

Psss: Zizan ke Lisa Surihani yer menang..hahaha =D

Saturday, April 2, 2011

final exam!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih pada rakan2 blogger lain sebab
sudi gak datang blog ni walaupun dah lama tak update
dan tak lupa yang datang komen entri ezay
nanti dah free ezay balas balik yer =)
terima kasih banyak2 yang singgah tu..
sekarang takde mase lagi nak singgah dan balas komen
maklumlah UIA sekarang ngah pertengahan final exam
ramai yang terkejut sebab final exam awal sangat..haha
tak sabar tunggu 9hb petang lepas exam calculus 2
InshaAllah doa2kan ezay yer..permudah segala urusan
pada yang exam jugak ezay wish good luck yer
pada yang ada kelas lagi tu rajin2 la pergi
jangan jadi macam ezay ni..last2 minit mencari nota 
dan janganlah study last minit sangat..haha
padahal semua student study last minit

ok ni nak sambung study balik..
lusa paper Programming+Matlab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...