Thursday, December 30, 2010

more tag update

bulan ni jarang giler update blog..
update pun kalau da tag n award je
banyak assignment n kuiz..
takde mase nak BW jugak..
niwey thanks pqa 
awat la tangan hang duk menggatal sangat tag chek!..hehe XD


ada 2 soalan simple je kena jawab..hehe
1-Dalam banyak2 pelangi, warna apa yang awak suka dan kenapa? 
warna hitam bukan pelangi kan warna indigo kot
sebab kombinasi warna yang sejuk dan rapat 
ibarat macam keluarga yang akrab dan tak putus..InsyaAllah..

2-Ada tak gadget tu warna pelangi?
takda la setakat ni..

Sunday, December 26, 2010

Sengal Zone : Saya Tak Ngantuk Lagi !

1st time join segmen ko ni udin
memang kreatif la udin ni..
hehe mmg tepat la ngan keadaan aku skang ngan tajuk ni
tak ngantuk lagi sebab terlalu letih...pelik tak?
memang la kadang2 aku camtu..kalau dah letih sangat memang tak ngantuk

maybe selepas wat segmen ni ak tidur kot (2.50am)
sebab terpaksa la tidur awal
besok pagi awal2 kena siap
untuk perkahwinan sepupu aku..

sengal zone

Tag

thanks for tag me

1) Pendapat ai tentang blog cik ita ( pemberi award)...
ringan n cute =J

2) Tempat yang paling anda ingin lawati..
South Africa..suke tgk binatang liar
3) 3 perkara tentang diri anda..
-pendiam n malu2 =)
-pemaaf
-lampi..selalu ketinggalan bas..hehe


Thursday, December 16, 2010

Rezeki week =)

Dah lama tak update blog..tak BW..tak klik2 iklan orang
mentang2 la aku tak update blog..miss nuffie aku ni tak naik2 pulak
huhu..minggu ni sangatlah sibuk sebab semester baru bermula
hari pertama daftar subjek lah..kena add n drop subjek bagi yang bermasalah
banyak betul subjek yang kene selesaikan dalam 1st year engineering ni
sem ni padat jugak jadual aku..cume macam biasa kelas takde ari jumaat
hahaha...
akan ku drop 1 subjek teras lagi pasni..tapi tak tahu nak drop mana satu 
antara Electronic/Calculus 2/dynamic/programming
sebab aku nak drop takut jadual exam berderet tanpa gap macam sem lepas

tapi minggu ni jugak alhamdulilah rezeki mencurah2 datang
dapat kutip banyak hadiah dalam contest FB ni

menang 3 pillow untuk contest pillow fight Novel Home Design @ FB

menang cake towel dari BenQ club @ FB

dapat RM200 dari Sabah Tea dengan hamper Sabah Tea bernilai RM50

Alhamdulilah dapat duit juga dari F&N RM30 =) setelah gigih berusaha



~kalau nak tau mana contest2 yang hangat sekarang dan teringin untuk masuk, jangan malu jangan segan add aku kt fb dan sila tanya =.=

Thursday, December 9, 2010

Konsert Tribute P Ramlee

Tanggal 24hb Oktober 2010 lepas..aku dan roomate pergi tengok 
Konsert Tribute P Ramlee dekat Dewan DBKL
sebab dapat 2 keping tiket free dari Astrolife
 kalau kena bayar takde lak nak pergi



mula2 tak percaya menang sebab otai2 slogan n cina2 ramai join
jadi happy lah sangat dapat pergi..
tapi dengan bersyarat haha kena pakai tradisional/formal dress..
huhu formal la plak konsert ni..

aku bukan nak citer baju apa aku pakai..
haha tapi nak citer yang aku 1st time dapat tgk konsert live btul2 depan mata
sebab aku ni bukan kaki konsert pun
memang dekat sangat stage dengan audience
klu bapak aku tau habisla. shhhhhh...
dah sampai tu aku tunggu kat luar..
ada la red carpet jugak..tunggu la takut2 Lady Gaga ke muncul..hehe
pastu masuk aku dan roomate aku dapat seat atas...
sebab ramai tak datang, organiser suruh duduk bawah
tetiba aku tak sangka pulak aku duduk kerusi VIP..bhahaa
belakang kerusi tu tulis nama Rozila Jalil..
seat kawan aku tu nama Sharifah Aini...
tapi orang nya takda..
tak kisah la...tak minat sangat pun

duduk la situ tengok artis menyanyi..bosan pun ada
yang tak boleh tahan tengok Ella nyanyi sampai 3 kali
sebab susah nak bawak lagu P Ramlee tu
nama je top2 tapi tak profesional langsung
paling best tengok sketsa Nora Danish, Rozita Che Wan dan Rosnah Mat aris berlakon atas stage ambik part yang citer P Ramlee Madu Tiga tu..lawak3
balik awal sikit sebab esok tu ada viva lab..
snap pentas ni dari seat atas..sebelum kena tuka seat bawah

Wednesday, December 8, 2010

Blog Larian

1)  Letak Banner ini dan link ke http://bloglarian.blogspot.com/





2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana ia adalah hobi saya pada masa lapang dan boleh upkan traffic blog" (tidak lebih 30 patah kata)


3) Follow Bloglarian


4) Tag 3 orang atau lebih rakan anda


    shaofie
    jaya jr
    enna
    nora

5) Bagitau rakan yang anda Tag pada comment



Tuesday, December 7, 2010

Lisa Surihani dan IKEA

Perasaan penuh kecewa semasa menulis blog ni..yelah selepas tau result exam semalam kan..
tapi diuubatkan kembali dengan nasihat2 dari ibu bapa dan kawan..
jadi entry kali ini nak cerita tentang Lisa Surihani dan IKEA ini..cerita dah lama tapi masa tu aku takde blog lagi

Kedua2 event yang amat penting bagi aku berlaku serentak iaitu pada 2 Oktober 2010/ 23 Syawal 1431 Hijrah lepas
Event pertama oleh Watsons Malaysia iaitu Selebriti Aidilfitri Bersama Watsons dan Era FM (Open House Raya) dan event kedua
ialah Anniversary IKEA..so mesti korang tertanya2 sebab apa penting??

Malam tu buat aku pening, nak pergi event mana satu sebab nya kalau pergi event watson dapatlah jumpa Lisa Surihani..hehe tapi rugi jugak kalau tak pergi event IKEA sebab dapat hadiah banyak dan collect voucher IKEA RM100 yang menang haritu dalam contest IKEA Facebook 60 winners..
jadi aku buat keputusan pergi event open house watson tu dekat Dewan MBPS Shah Alam..
perut pulak tengah lapar...so serbu Shah Alam awal2 pagi makan satay, nasi bukhari dan mee kari
tak ramai pun orang datang, mungkin orang tak tahu makan free ni dalam page fan watson ade bagitau
tunggu punya tunggu pukul 2 baru Lisa Surihani muncul..ak sanggup tunggu agagaga..awal2 dafi la datang
muncul je Lisa ..terus orang tergamam...yang sibuk makan berhenti jap, yang sibuk menyusukan anak pun berhenti dan anak nangis sorang2..tergamam melihat kecantikan Lisa Surihani ni dari dekat termasuk aku..hehe

berbaju kurung kehijauan dengan sopan santun nye berjalan..semua orang perhati dari awal2 masuk sampai kat atas pentas dan ditemu ramah oleh DJ Era fm yang pagi2 tu..sapa entah..

ehsan dari Watsons Malaysia Facebook Album
gambar aku ngan Lisa Surihani..sumber dari handphone murahku sendiri

 pastu terus aku balik...dah kenyang, kawan aku ajak g open house lagi..huhu

IKEA pulak aku pergi esok nya..sebab aku dh call IKEA dia cakap takpe pulak..

antara pemenang contest facebook IKEA..hadiahnya dapat voucher IKEA RM100 dan dapat majalah IKEA bersama cover page kita sendiri..hehe

voucher RM100..cukup ke? barang IKEA mahal kan

Sunday, December 5, 2010

Kesuntukan cuti dan bermulanya sem baru

setelah hampir sebulan duduk di rumah...

*teropong oleh Miss google

Masa dah tak menunggu..cepat berlalu walaupun dah sebulan aku cuti..makna nya disitu, semester baru dah nak mula..result exam akan keluar 6hb ni...masa untuk menunggu berita kurang enak =(
Dah lama tak pegang buku melainkan majalah2, komik dan surat khabar..dah lama tak menulis melainkan taip sms dan menulis blog..itu kira menulis ke? hehe dah lama juga la tak menjengguk website uia tu...takut pulak nak masuk semester baru ni

so bile dah masuk semester baru ni..semua berazam untuk skor semester baru ni..termasuk lah aku.
tapi yang sebenarnya nilah yang betul2 tentang pelajar universiti dan kolej =)


 *graf oleh Miss Google lagi..memang berguna

Kalau diikutkan dengan graf itu, memang betul lah cara kebanyakan pelajar belajar..pelajar memang suka belajar last minit termasuk aku..hehe
Awal semester sahaja semua memang berazam tinggi, mahu skor, mahu datang kelas penuh, mahu buat tutorial...haha tapi tindakan tak sama dengan niat...awal2 la best kalau outing dan main

masa pertengahan semestar pulak, biasanya masa ni pelajar sibuk dengan pelbagai aktiviti.kelas dah biasa ponteng, kuiz banyak menunggu, dan belajar makin tak faham...aku bukan cakap kat mereka je..aku pun same..kesannya ramai yang fail midsem dan kuiz..ishk3 terkena batang hidung sendiri

study week, pelajar bersemangat kembali, masa nilah berazam nak study semua, masa ni jugak kumpul dan salin nota balik. tapi malangnya UIA takde study week ditukar kepada revision period yang paling lama 3 hari.

time exam, haaa time nilah aku pelik kat aku sendiri, baca je nampak terus faham..tapi bila keluar exam garu2 kepala tak reti nak buat..haha kurang latihan tapi banyak contoh latihan banyak..hehe study sampai lewat pagi..esok kalau time exam, lepas subuh pun nak study lagi

so time cuti, pelajar cuti memang tak ingat dunia..haha so bile dah nak start semester baru berazam LAGI nak skor tapi akhirnya study last minit jugak...

moga2 lah kita ubah cara tipikal pelajar belajar ni..ingatan untuk diri sendiri jugak
dan minta maaf la kalau post macam ni memang dah terlalu 'lame' untuk pembaca ni
sebab aku baru terfikir nak buat dengan cara aku...

Saturday, December 4, 2010

1st Award dari Kimicnol

Terima kasih yer kimicnol atas Coolest Blogger Awards
1st time ni dapat..dapat pun secara tiba2..maksud aku dapat masa aku tak reti nak buat apa2
 mintak tolong kawan blogger lain untuk setel masalah sikit
 jawab soalan dulu ye

1) -ape benda paling cool dalam hidup kowang??
urmm entahlah banyak kot cool dalam hidup aku..paling cool bila aku join contest dan dapat hadiah..puas hati sebab atas usaha kita sendiri dan yang penting tak keluar duit pun =)..Alhamdulilah..Hadiah paling cool dapat voucher Wardrobe RM700, voucher TV Cabinet RM600 dari Legend Kitchen dan RM200 cash dari Sabah Tea..dah try banyak contest nak menang Ipad dengan Iphone..tapi yang dapat hanyalah Casing semata2...hahahaha

2) -siapa owang paling cool pernah kowang jumpe??
 hehe soalan ni best..jawapan aku yang terfikir sekarang selain daripada parents aku ialah madam aku sendiri..Puan Ayu Rafikah..sebab nya madam lah yang memperkenalkan aku dalam contest2 FB, majalah ni..hehe thanks madam..madam selalu menang hadiah besar2, ezay menang hadiah kecik2 je...jeles..haha

so skang nak tag 3 orang
mekya
adibah
kery



Wednesday, December 1, 2010

Nama Kami Pelik Cikit Jek

Tertarik dengan satu nama group ni 'Nama Kami Pelik Cikit Jek' dalam FB
bile ternampak group ni..terus aku like dan terus aku komen dan tanya pendapat orang
hahaha..ramai jugak fans dalam situ nama pelik2..ade link kat bawah ni

http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=119355921414703

kat sini ada salah satu perbincangan dalam group itu..aku print screen salah satu yang aku pun terlibat
ramai jugak nama pelik2 dalam group itu..kalau nama anda dalam kategori pelik juga bolehla join group tu..baik member2 nya..salah sorang dari ahli group tu nama nya Rahmat Ilahi..Pelik sikit tapi bagus sangat dengan nama camtu...

jom click!! bukan virus!!New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...